Tuesday, 16 August 2011

MOTO SKDI


Ilmu Tiang Negara

SLOGAN SKDI


1 Tekad, 1 Kejayaan

PIAGAM SKDI

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
Memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid bagi memenuhi hasrat dan tuntutan Sistem Pendidikan Negara.
Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid bagi mendapat pendidikan yang sempurna.
Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin,bertanggungjawab dan produktif.
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selamat.  
Mengadakan program-program kesihatan murid dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
Mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan , badan beruniform serta kelab dan persatuan.
Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Ibubapa, PIBG dan masyarakat bersama warga sekolah dalam urusan pendidikan.

MISI SKDI

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

JENIS-JENIS DADAH

·         OPIAT
- Heroin, Morpihine, Candu dan Kodein.
·         KANABIS
- Ganja dan Hashish.
·         DEPRESEN
- Sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat dan tranquilizer.
·         STIMULAN
- Jenis amfetamin dan kokain.
·         HALUSINOGEN
- Iysergic Acid Diethylamide (LSD) meskalin dan psilosibin.

OBJEKTIF PPDa

Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum
1.2. Membantu pelajar menjana  budaya tingkah laku positif serta meneladani nilai-nilai murni.
1.3. Memberi pendedahan tentang maklumat  penyalahgunaan dadah dan perkara yang berkaitan dengannya.
FUNGSI :-

1.                      Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
2.                      Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
3.                      Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
4.                      Pengurusan Hubungan Luar

Friday, 1 July 2011