Wednesday, 14 September 2011

KERTAS CADANGAN JARINGAN KECEMERLANGAN SMSTJ-SKDI

KERTAS CADANGAN
PROGRAM JARINGAN KECEMELANGAN SKDI-STJ 2011


1.0       PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk membuat cadangan beberapa perubahan setelah jawatankuasa pengelola mengadakan mesyuarat untuk membincangkan penambahbaikan program ini bagi kepentingan murid-murid.  Daripada mesyuarat yang telah dijalankan, jawatankuasa pengelola telah memutuskan bahawa golongan sasaran bagi program ini telah tukar dari tahun 6 kepada murid tahun 5 seramai 60 orang.  Tujuan melibatkan murid tahun 5 dalam program adalah untuk memberi kesedarandan motivasi awal kepada murid tahun 5 untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2012.  Tambahan pula murid-murid tahun 6 mempunyai jadual yang padan dengan aktiviti kecemerlangan yang lain.


2.0       MATLAMAT
Murid-murid SKDI akan mendapat bimbingan daripada ‘RAKAN BANTU’ terpilih Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.  Konsep belajar dalam kumpulan diterapkan supaya murid-murid dapat mencontohi kemahiran belajar yang diamalkan oleh fasilitator yang telahpun menjulang kejayaan

3.0       OBJEKTIF

3.1  Memberi dorongan dan semangat kepada murid kea rah kejayaan cemerlang dalam pelajaran
3.2  Memberi pendedahan awal kepada murid supaya membuat persiapan awal menjelang peperiksaan
3.3  Menanamkan impian, target dan hala tuju untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh

4.0       TARIKH

            Tarikh  :Rujuk Jadual
            Hari     :Setiap Khamis
            Masa    :3.00 – 5.00 petang

5.0       TEMPAT
SKDI

6.0       SASARAN
Murid Tahun 5(60 orang)



7.0  JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Pengerusi                                            : Cik Hjh Noor Fadilah binti Mohd Yasin
Naib Pengerusi                                               : Encik Mohd Khidzari bin Mohd Ali
Penyelaras                                          : Puan Noorfarizan binti Muhammad Di
Setiausaha                                          : Puan Nor Hakimah binti Mohd@Mat Isa
Bendahari                                           : Cik Hasleza binti Mat Isa

AHLI JAWATANKUASA
Penyediaan Tempat                 : Puan Norlaila binti Abu Zarim         
Jamuan                                    : Puan Nor Azizan binti Mohd Judi
AJK Persiapan Modul             : Puan Suhaila binti Harun

8.0       ANGGARAN KEWANGAN

BIL
PERKARA
JUMLAH
1
Makan dan Minum RM 2.00 x 100 orang =  RM 200
RM 200 x 10 hari
RM 2000
2
Fotostat Bahan Edaran RM 10 x 10 hari
RM 100
3
Perbelanjaan runcit
RM 100

Jumlah
RM 2200


 9.0      TENTATIF PROGRAM MOTIVASI TAHUN 4
MASA
PENGISIAN
3.00 petang
Ketibaan Fasilitator dari STJ

Perbincangan dalam kumpulan
4.45 petang
Jamuan Ringan
5.00 petang
Bersurai

10.0    PENUTUP
Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan gandingan mantap daripada semua pihak

Disediakan oleh;                                                        Disahkan oleh;



...............................................................                               ...............................................................
(NOORFARIZAN MUHAMMAD DI)                                   (NOOR FADILAH MOHD YASIN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling                               Guru Besar
SK Dato’ Idris                                                            SK Dato’ Idris
Tanjong Ipoh                                                              Tanjong Ipoh
Negeri Sembilan Darul Kursus                                               Negeri Sembilan Darul Kursus



JADUAL PROGRAM
BIL
TARIKH
MATEPELAJARAN
GURU BERTUGAS
1
28 / 4 / 2011
tukar kepada                    5 / 5/ 2011
Bahasa Melayu
Encik Mohd Aznie bin Mohd Nor (K)
Puan Norlaila binti Abu Zarim
Cik Nor Azizah binti Abdul Aziz
Puan Noorfarizan binti Muhammad Di
2
12 / 5 / 2011
Tukar kepada
…. / 5 / 2011
Bahasa Inggeris
Puan Norhana binti Antari (K)
Encik Mohd Firdaus bin Abdullah
Puan Harlina binti Hashim
Puan Suhaila binti Harun
3
26 / 5 / 2011
Peperiksaan Pertengahan Tahun
4
2 / 6 / 2011
Tukar kepada
…. / 5 / 2011
Sains
Puan Norhakimah binti Mohd@ Mat Isa (K)
Encik Mohd Fazrul bin Sulaiman
Cik Hasliza binti Mat Isa
Puan Nor Azizan binti Mohd Judi
5
16 / 6 / 2011
Matematik
Puan Nor Faiiza binti Mohamad (K)
Encik Mohd Sodikin bin Abdul Barri
Puan Saonah binti Mohd Yunus
Hajah Maimunah binti Mohd Nor
6
30 / 6 / 2011
Bahasa Melayu
Encik Mohd Aznie bin Mohd Nor (K)
Puan Norlaila binti Abu Zarim
Cik Nor Azizah binti Abdul Aziz
Puan Noorfarizan binti Muhammad Di
7
14 / 7 / 2011
Ujian Bulanan
8
21 / 7 / 2011
Bahasa Inggeris
Puan Norhana binti Antari (K)
Encik Mohd Firdaus bin Abdullah
Puan Harlina binti Hashim
Puan Suhaila binti Harun
9
4 / 8 / 2011
Sains
Puan Norhakimah binti Mohd@ Mat Isa (K)
Encik Mohd Fazrul bin Sulaiman
Cik Hasliza binti Mat Isa
Puan Nor Azizan binti Mohd Judi
10
18 / 2011
Matematik
Puan Nor Faiiza binti Mohamad (K)
Encik Mohd Sodikin bin Abdul Barri
Puan Saonah binti Mohd Yunus
Hajah Maimunah binti Mohd Nor
















BORANG LAPORAN AKTIVITI
KUMPULAN …………..

Tarikh                         ………………………………….
Guru Bertugas                        1……………………………………………………………………..
                                   2. ……………………………………………………………………
                                    3. . …………………………………………………………………
                                   4. . …………………………………………………………………
                                   5. . …………………………………………………………………

Wakil Guru STJ          1. . …………………………………………………………………
                                   2. . …………………………………………………………………
                                   3. . …………………………………………………………………

KEHADIRAN           : ………/………
TIDAK HADIR        1……………………………………………………………………..
                                   2. ……………………………………………………………………
                                   3. . …………………………………………………………………
                                   4. . …………………………………………………………………
                                   5. . …………………………………………………………………

LAPORAN AKTIVITI
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Disediakan oleh;


(                                                          )
LAPORAN

KEMAHIRAN MEMBACA


MENGGARAP KEMAHIRAN MEMBACA
1. Membaca secara BERHATI-HATI
·         Beri tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dibaca
·         Pastikan dapat memehami isi / fakta penting dalam bahan bacaan
·         Elakkan gangguan (radio, televisyen, bunyi bising, sms, mms)
·         Ulang jika tidak memahami apa yang dibaca
2. Membaca secara MENYELURUH
·         Dari pengenalan hingga ayat terakhir. Jangan memilih sebahagian topik sahaja. Setiap isi saling berkaitan
·         Perhatikan juga gambar, gambarajah, graf, jadual, peta minda dan sebagainya
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
·         Membantu mengingat isi / fakta dengan lebih baik
·         Menggelakkan dari tertinggal fakta-fakta penting
4. Membaca dalam SUASANA SELESA
·         Lampu terang / tenang / sunyi /
·         Udara segar dan mencukupi
·         Suhu bersesuaian
·         Pengudaran yang baik / kipas / arcond
5. Berada di dalam KEADAAN SELESA
·         Badan sihat, kalau demam, makan ubat dan berehatlah dahulu
·         Duduklah dalam keadaan tegak dan bersandar pada kerusi
·         Elakkan daripada berbaring / menyarap
6. Baca secara BERPERINGKAT
·         Peringkat permulaan : Baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhannya.
·         Peringkat seterusnya : Membaca untuk mendapatkan maklumat.
7. Cuba BENTUK Soalan ketika membaca
·         Uji Kefahaman / ingatan : 5W 1H ( What, When, Where, Why, Who, How)
Apa ? bila? di mana ? kenapa ? siapa ? bagaimana ?.
8. CATATKAN isi yang dibaca
·         Mengukuhkan ingatan
·         Dapat mengelak daripada mengantuk
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
·         Pen, highlither, kamus, penanda buku, kertas conteng
·         Tandakan isi penting dengan highlither
·         Gunakan kamus untuk istilah sukar

Monday, 12 September 2011

REDHA ILMU

Assalamualaikum w.b.t


Rasulullah (SAW), diantaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, bermaksud

"Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala orang yang mengamalkan...."

 Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa kerjaya sorg guru itu adalah sangat mulia tempatnya disisi Allah Taala..  Jelas juga sebenarnya bukan penjawatan itu yang dinilai, tetapi niat, pengorbanan dan daya usaha serta tugas menjadi seorang guru itu sendiri yang menjadikan ianya dipandang mulia oleh Allah Taala..

Kita manusia sahaja, bukanlah selayak untuk menilai kebaikan atau keburukan seseorang... Semua itu jelas telah dihitung oleh malaikat yang menjaga bahu kiri dan bahu kanan kita.  Namun jauh disudut hati seorang guru, perasaan sebak menyelubungi tatkala melihat anak didik melangkah menuju dewan peperiksaan..  Walaupun murid tersebut bukan kita yang ajar, namum setiap dari murid adalah anak didik kita tanpa bezanya....

Program redha ilmu telah dijalankan pada 12 Sept 2011, bakal calon UPSR mohon redha ilmu yang diperolehinya sejak kali pertama menjejak kaki ke sekolah ini.  Kepada anak didik semua, pandanglah cikgu anda dengan mata hati, rasakanlah pengorbanan cikgu di dalam hati.. Semua cikgu mendoakan kejayaan anda semua..  

Semua guru bukanlah inginkan balasan atau diagung-agungkan, cuma sedikit penghargaan dan ucapan terima kasih dari anak didik.. Maka penat lelah akan terbalas... Balaslah dengan air mata kejayaan.. Guru adalah ibu bapa, ibu bapa juga adalah guru.. Tujuan kita sama, mahukan anak ini berjaya dunia dan akhirat.....


Monday, 5 September 2011

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN

Assalamualaikum...wbt...


Syukur pd Allah kerana di beri kesempatan sekali lagi untuk teruskan penulisan di dalam blog ini..
Mood raya masih lagi kelihatan dikalangan murid SKDI..  Terumanya anak-anak kecil yang sedang seronok menyambut hari yang mulia...  Pelbagai cerita yang di dengari daripada mulut manis anak kecil itu, melayan dan mendengar kerenah mereka semamangnya menyeronokkan.. (masa rilif 1A 8.40-9.40pm).. Sampai xtau nak layan yang mana satu cerita dahulu.... Sememangnya anak ini mempunyai potensi yang meluas pada masa hadapan (tgk cari dia bcerita, mengalahkan org tua)...hihi..kelakar...


Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang akan menghadapi UPSR ini adalah tips dari cikgu..
 

MENJELANG HARI PEPERIKSAAN
· Yakin dan teruskan berusaha
· Tidur  dan riadah yang mencukupi, Kajian menunjukkan TIDUR YANG CUKUP akan KUKUHKAN DAYA INGATAN seseorang  
· Kawal pemakanan
· Elak rakan negatif
· Elakkan pembaziran waktu
· Kurangkan mengadap Televisyen
· Sembahyang hajat
· Mohon restu guru
· Berdoa’ semoga Allah memberkati kita

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
· Bangun awal
· Minuman manis dan sarapan
· Pakai pakaian yang kemas
· Semak peralatan yang perlu dibawa
· Mohon restu ibu bapa sebelum pergi
· Tenangkan fikiran,
· Tiba awal dalam dewan
· Elakkan berbincang
Masuk dengan tenang

PAGI  SEBELUM PEPERIKSAAN
· Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang – kurangnya setengah jam dari masa yang ditetapkan
· Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti.
· Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pada jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda
· Jangan terpengaruh dengan keadaan persekitaran terutamanya melihat murid atau kumpulan murid sedang sibuk membuat semakan terakhir sebelum melangkah ke dewan
· Masuk ke dalam dewan dengan TERATUR dan TENANG
· Tentukan kerusi dan meja dalam keadaan SELESA
· Tenangkan diri, setelah duduk, tarik NAFAS panjang-panjang beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan.

DI  DEWAN PEPERIKSAAN
· Duduk dengan tenang dan buang segala hal-hal luar
· Susun alat tulis agar mudah diambil
· Sedia mendengar arahan
· Baca arahan soalan dengan tepat dan faham kehendak soalan
· Garis / tanda bahagian penting
· Pembahagian masa untuk menjawab bahagian soalan
· Buat rangka jawapan sebagai panduan
· Jaga tulisan agar mudah dibaca pemeriksa
· Tinggal soalan yang sukar dan tanda
· Kembali setelah siap yang mudah
· Semak jawapan sekali lagi

SELEPAS PEPERIKSAAN
Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah


TIPS PERSIAPAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN -KESIHATAN DIRI.

a. Cuaca
i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

b. Waktu Rehat
i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu
ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

c. Makanan.
i. Pastikan anda mendapat makanan    seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.
ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan     sebarang makan yang memberi kesan    ketidakselesaan pada perut.
iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.
 
Emosi.
i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.
ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.
iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.
iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.
v. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.
“kami warga SKDI mendoakan semoga anda mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR 2011”