Dengan Nama Allah, hamba terasa begitu kerdil jika dibanding dgn nikmat Allah berikan selama ini.. Namun dalam kesedaran ini, kealpaan, kelalaian terus terbawa oleh arus duniawi.... Begitulah silih berganti...
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKU kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. “
[Surah Ibrahim: 7]
Termanggu sendirian tatkala membaca ayat di atas... Setiap hari kita dikurniakan pelbagai nikmat oleh ALLAH. Pada setiap helaan nafas kita terkandung sejuta nikmat yang takkan pernah mampu kita balas selama-lamanya.
setiap kejadian pasti ada hikmahnya... saya amat bersyukur kerana pada hari ini saya mengalami kemalangan jalan raya.. Syukur kerana anak lelaki saya tidak mengalami kecederaan, begitu juga saya... Syukur kerana org yg melanggar saya juga tidak mengalami kecederaan serius... Syukur saya mendapat pengalaman ini kerana mengingatkan saya spy lebih berhati2........
kereta saya yg cedera ringan... kereta org yg melanggar saya dari belakang.... lokasi berhampiran lampu isyarat hospital... |
No comments:
Post a Comment