Saturday 18 June 2011

APA ITU DADAH?

Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut:





  • Membawa kesan buruk kepada sistem saraf pusat.
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan.
  • Diperolehi secara haram.
  • Membawa pergantungan fizikal dan psikologi.
  • Memberi kesan buruk kepada kesihatan dan fungsi sosial

Friday 17 June 2011

IKRAR ANTI DADAH

Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah Pada Setiap Masa Dengan: Memenuhi Masa Lapang Dengan Kerja-Kerja Yang Berfaedah; Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti Yang Berguna Dan Berfungsi Kepada Masyarakat; Menjadi Rakyat Berilmu, Berakhlak Mulia Dan Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas; Menyediakan Diri Untuk Mengisi Keperluan Wawasan, Dan; Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia Dari Ancaman Dadah

MISI PPDa

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah

Thursday 16 June 2011

VISI

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

MATLAMAT PPDa


Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”