PPDa


PENDAHULUAN
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan usaha berterusan dalam penyebaran maklumat dan meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di sekolah. Pendedahan hasil daripada program ini sedikit sebanyak mampu mendidik murid-murid terutamanya di sekolah rendah sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Ia diharap mampu menjadi pemangkin dalam meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, penjaga dan komuniti sekitarnya.