Thursday 15 December 2011

PENGHIJRAHAN DALAM SATU PERJALANAN

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk yang dipilih pada kali terakhir saya menulis dalam blog ini iaitu PENGHIJRAHAN DALAM SATU PERJALANAN.  Begitu besar maksud yang ingin disampaikan.  Namun ianya tidaklah mengambil masa yang panjang untuk memahaminya.

Semua yang kita lakukan hendaklah diniatkan kerana Allah Taala, jika niat itu betul Insyaallah kita berada dijalan yang benar.  Jika kita hendak ke hulu, tapi destinasi kita ke hilir.  Maka itulah dinamakan ketentuan Allah.  Kita dah berusaha namun Allah yang menentukan.  Saya percaya ada rezeki disebaliknya, dan perjalanan inilah adalah yang terbaik untuk saya.

Penulisan ini adalah yang terakhir saya di dalam blog ini kerana saya telahpun mendapat arahan pertukaran dari PPD Kuala Pilah berkuatkuasa 1 Dis 2011.  Ini bermakna tugas saya sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Kebangsaan Dato' Idris telah pun berakhir.  Maka blog ini juga akan berakhir disini.

Pada mulanya perasaan agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan2 dan anak2 murid yang begitu dekat dihati saya.  Walaupun saya baru berkhidmat disekolah bermula tahun 2010.  Hampir semua murid saya ingat nama, karektor dan latarbelakang.  Sebab itu saya rasakan mereka ini sangat dekat dihati saya.  Namun sebagai seorang guru saya cuba berfikiran positif. 

Jika kita terlalu lama duduk di dalam zon selesa. Produktiviti kerja kita akan menurun.  Bila berada dipersekeliling yang baru, makin ramai kawan, makin bertambah pengalaman.  Pengalaman adalah guru yang sangat berkesan di dalam mendewasakan kita.  Rasulullah juga berhijrah demi kebaikan.  Anggaplah hijrah ini untuk mengahut amanah Allah kpd Khalifahnya.

Sebelum saya mengundur diri, saya amat berbesar hati jika bahan2 di dalam blog ini dapat dkongsi bersama guru2 kaunseling yang lain.  Saya mohon mmaf andai apa yang saya sampaikan dalam blog ini ada menyinggung perasaan pembaca..

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.  Saya mohon mengundur diri.  Doakan saya ditempat baru. Pasti rindu itu akan menjelma pada mereka yang mengingati diri ini......

Wassalam........

Wednesday 16 November 2011

Berita Harian Online | Calon boleh semak keputusan UPSR menerusi mySMS 15888

Berita Harian Online | Calon boleh semak keputusan UPSR menerusi mySMS 15888

PUTRAJAYA: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai 10 pagi esok.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya, 9 pagi esok. - BERNAMA

MAJALAH SEKOLAH

PERHATIAN!!!

Kepada semua murid SKDI, anda semua boleh mendapatkan MAJALAH SEKOLAH pada hari esok 17.11.2011 (Khamis).  Anda boleh mendapatkan MAJALAH SEKOLAH melalui guru kelas masing-masing.

Setiap keluarga hanya memperolehi sebuah majalah sahaja.  Kepada sesiapa yang belum membayar bayaran majalah, boleh bebuat demikian melalui guru kelas.  Bayaran adalah RM 10 sekeluarga

Semoga anda semua mengemat kenangan di dalam MAJALAH SEKOLAH buat julung kalinya.

Sekian, terima kasih.

PUAN NOORFARIZAN BINTI MUHAMMAD DI
KETUA EDITOR


Tuesday 15 November 2011

NAIB JUARA PERTANDINGAN BLOG SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

assalamualakum...............

salam 1 malaysia

TAHNIAH!!!
kepada Unit Bimbingan dan KaunseliNG kerana berjaya menduduki tempat ke dua di dalam pertandingan blog Bimbingan dan Kauseling, Karnival Merekayasa yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiah.  Berikut adalah beberapa gambar merakam detik tersebut



Saturday 12 November 2011

TAHNIAH KEPADA MURID YANG TELAH TERPILIH SEBAGAI AHLI PRS 2012


BIL
NAMA
KELAS
1
MOHAMAD AZIM DANIEL BIN TAJUDIN
2
2
LIAYANA NUR ADILA BINTI TAHIR
2
3
ANIQ SYAHMI BIN AZLI
3 ARIF
4
NURIN ADIBAH BINTI BADRUL HISHAM
3 ARIF
5
NUR AISYAH BINTI ANI
3 ARIF
6
MOHAMMAD AMIR ASHRAF BIN HISHAMUDDIN
4 ARIF
7
NUR ALEEYA HUSNA BINTI ABD HALIM
4 ARIF
8
NNURUL NATASHA BINTI AZMI
4 ARIF
9
AHMAD DHAMRAH B ABDUL RASHID
5 ARIF
10
AHMAD AL-SYUKRI B DERAOH
5 ARIF
11
SITI NURAZLIN BT AMRAN
5 ARIF
12
IRISYA MAISARAH BT MANSOR
5 ARIF

Friday 11 November 2011

BORANG TAWARAN PEBIMBING RAKAN SEBAYA

Ruj. Kami    :                                 

Tarikh     : 10 November 2011


Kepada:

…………………………………………………

Kelas…………………………………………


Saudara /Saudari,

TAWARAN MENJADI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHUN 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2012 di  sekolah ini.

2.         Diharap saudara/saudari dapat memberi komitmen dan perkhidmatan yang cemerlang.

3.         Saudara/saudari juga dikehendaki mengikuti Kursus Asas PRS yang akan dimaklumkan kemudian.


Sekian, terima kasih.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menjalankan Tugas ,


Thursday 10 November 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR!!!!!!!!!!!!!!


SILA AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA 62 ORANG MURID TAHUN 6 SKDI
SEMOGA BERJAYA!
SEGALANYA TELAH DITENTUKAN
JANGAN RISAU SEGALA USAHA GIGIH ANDA AKAN TERJAWAB

Wednesday 9 November 2011

TAHNIAH! JUARA PPDa PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH


assalamualaikum w.b.t
salam 1 Malaysia

TAHNIAH!
Kepada semua warga SKDI kerana telah berjaya menjadi juara Pertandingan Sudut@Lorong PPDa peringkat Daerah Kuala Pilah.

Usaha dan penat lelah anda semua akhirnya............
Dan semua ini adalah untuk anda
kejayaan kita semua

Thursday 27 October 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM WBT..
SALAM 1 MALAYSIA

Pada hari selasa, 25 Okt 2011.  Sekolah Kebangsaan Dato' Idris telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Putrajaya dan RTM Seremban.  Program ini mengisi tentatif program selepas UPSR dan juga rombongan Kelab Perpustakaan digabungkan sekali. Lagi ramai, lagi meriah!  Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahun 6 dan ahli kelab perpustakaan (tahun 4&5).  Juga guru pengiring seramai 7 orang.

Bertolak dari Tanjong Ipoh tepat jam 7.30 pagi.  Destinasi pertama kami adalah adalah menaiki putrajaya cruise.  Cruise yang boleh menempatkan seramai 76 orang penumpang lengkap dengan sistem penghawa dingin dan jeket keselamatan.  Apa yang menarik, kami di bawa menyusuri tasik putrajaya dan dapat melihat pemandangan sekeliling putrajaya.  Antara tempat yang dapat dilihat dari cruise ialah, Masjid2 di Putrajaya, beberapa batang jambatan dan juga bangunan kerajaan yang pelbagai bentuk yang unik.

Selepas itu, kami juga berpeluang membeli belah di Souq Bazaar.  Souq Bazaar ini terletak di tingkat bawah Masjid Putra di Putrajaya.  Terdapat lebih kurang 50 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, diantaranya souvenirs, kraftangan, pakaian dan macam-macam lagi..

Perut pun telah pun berbunyi, jam pun menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.  Kami semua menikmati makanan tengah hari kami berlatarbelakang Perdana Putra.  Perdana putra adalah bangunan rasmi Perdana Menteri.  Dibina pada tahun 1997 dan terletak di atas bukit menampakkan bangunan ini tersergam indah.  Bangunan ini dibina berdasarkan kesenian islam, melayu dan eropah...

Selesai makan tengah hari, kami berpeluang bersolat di masjid putra..  Masjid Putra ini boleh menempatkan seramai 15 orang jemaah dalam satu masa.  Masjid ini diilhamkan dari Masjid Sheik Omar di Baghdad.  Manakala KUBAH masjid yang berwarna pink diilhamkan dari Masjid King Hassan di Casablanca, Morocco.

Setelah selesai menyahut seruan ilahi, kami bertolak ke Sungai Gadut.  Destinasi seterusnya ialah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan,Kompleks Penyiaran Tuanku Muhamad atau lebih dikenali sebagai RTM Seremban..  Kami berpeluang on-air bersama DJ yang bertugas pada hari itu, Adam Tahir dan Nen.  Ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan kami lupakan




Friday 14 October 2011

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6

aSSAalamualaikum w.b.t
salam 1 malaysia

tarikh : 14 Oktober 2011 (Jumaat)
masa : 10.30 am
tempat : dewan SKDI

Berlansungnya satu acara iaitu Jamuan Perpisahan Tahun 6, semua guru dijemput hadir pada memeriahkan lagi majlis ini.

berikut adalah beberapa gambar kenangan semasa majlis tersebut

Ucapan Guru Besar SKDI

Antara guru yang sudi hadir, terima kasih cikgu!

Aktiviti menjamu selera.  Semua macam dah lapar...

Aktiviti tukar-tukar hadiah. Best sangat!

Monday 3 October 2011

PEMIMPIN RAKAN SEBAYA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM 1 MALAYSIA

Tahniah diucapkan kepada 4 orang murid SKDI kerana telah mewakili sekolah ke Program Pemimpin Rakan Sebaya Bongsu (PRS) di Rembau pada 5 hingga 7 Noverber 2011.  Mereka adalah adik Muhammad Amir Faiz bin Zaidi, adik Muhammad Amir Ashraf bin Hishamudin, adik Nurin Aida Faqihah binti MOhd Fazil dan adik Nur Aleya Husna... Mereka dari kelas 4A...  

Buat pengetahuan semua, SKDI belum menubuhkan PRS sekolah, namun berita baik pada tahun 2012.. PRS julung kali ditubuhkan.  Mulai bulan Oktober 2011, pemilihan PRS akan dijalankan... Kepada murid yang terpilih akan di umumkan kelak..

nak tau apa itu PRS?

DEFINISI 
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela  memberi khidmat dalam sistem sekolah.

 PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
1 Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal. 
2 Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
FALSAFAH

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN” PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan

ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:

1.1.        Amanah dan menyimpan rahsia.
1.2.        Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
1.3.        Tahu batasan dan keupayaan diri.
1.4.        Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
1.5.        Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.6.        Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.