Monday 5 September 2011

TIPS MENJELANG PEPERIKSAAN

Assalamualaikum...wbt...


Syukur pd Allah kerana di beri kesempatan sekali lagi untuk teruskan penulisan di dalam blog ini..
Mood raya masih lagi kelihatan dikalangan murid SKDI..  Terumanya anak-anak kecil yang sedang seronok menyambut hari yang mulia...  Pelbagai cerita yang di dengari daripada mulut manis anak kecil itu, melayan dan mendengar kerenah mereka semamangnya menyeronokkan.. (masa rilif 1A 8.40-9.40pm).. Sampai xtau nak layan yang mana satu cerita dahulu.... Sememangnya anak ini mempunyai potensi yang meluas pada masa hadapan (tgk cari dia bcerita, mengalahkan org tua)...hihi..kelakar...


Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang akan menghadapi UPSR ini adalah tips dari cikgu..
 

MENJELANG HARI PEPERIKSAAN
· Yakin dan teruskan berusaha
· Tidur  dan riadah yang mencukupi, Kajian menunjukkan TIDUR YANG CUKUP akan KUKUHKAN DAYA INGATAN seseorang  
· Kawal pemakanan
· Elak rakan negatif
· Elakkan pembaziran waktu
· Kurangkan mengadap Televisyen
· Sembahyang hajat
· Mohon restu guru
· Berdoa’ semoga Allah memberkati kita

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
· Bangun awal
· Minuman manis dan sarapan
· Pakai pakaian yang kemas
· Semak peralatan yang perlu dibawa
· Mohon restu ibu bapa sebelum pergi
· Tenangkan fikiran,
· Tiba awal dalam dewan
· Elakkan berbincang
Masuk dengan tenang

PAGI  SEBELUM PEPERIKSAAN
· Pastikan anda tiba di dewan peperiksaan sekurang – kurangnya setengah jam dari masa yang ditetapkan
· Setelah menerima jadual waktu peperiksaan, semak tempat peperiksaan anda yang sebenarnya dengan teliti.
· Tandakan mata pelajaran, masa dan tarikh peperiksaan mata pelajaran berkenaan yang ada pada jadual itu dengan dakwat merah supaya tidak terlepas daripada perhatian anda
· Jangan terpengaruh dengan keadaan persekitaran terutamanya melihat murid atau kumpulan murid sedang sibuk membuat semakan terakhir sebelum melangkah ke dewan
· Masuk ke dalam dewan dengan TERATUR dan TENANG
· Tentukan kerusi dan meja dalam keadaan SELESA
· Tenangkan diri, setelah duduk, tarik NAFAS panjang-panjang beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan.

DI  DEWAN PEPERIKSAAN
· Duduk dengan tenang dan buang segala hal-hal luar
· Susun alat tulis agar mudah diambil
· Sedia mendengar arahan
· Baca arahan soalan dengan tepat dan faham kehendak soalan
· Garis / tanda bahagian penting
· Pembahagian masa untuk menjawab bahagian soalan
· Buat rangka jawapan sebagai panduan
· Jaga tulisan agar mudah dibaca pemeriksa
· Tinggal soalan yang sukar dan tanda
· Kembali setelah siap yang mudah
· Semak jawapan sekali lagi

SELEPAS PEPERIKSAAN
Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah


TIPS PERSIAPAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN -KESIHATAN DIRI.

a. Cuaca
i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

b. Waktu Rehat
i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu
ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

c. Makanan.
i. Pastikan anda mendapat makanan    seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.
ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan     sebarang makan yang memberi kesan    ketidakselesaan pada perut.
iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.
 
Emosi.
i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.
ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.
iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.
iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.
v. Banyak bersabar serta berdoa kepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.
“kami warga SKDI mendoakan semoga anda mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR 2011”



No comments:

Post a Comment