Wednesday 24 August 2011

Syukur pada nikmat ALLAH






Dengan Nama Allah, hamba terasa begitu kerdil jika dibanding dgn nikmat Allah berikan selama ini.. Namun dalam kesedaran ini, kealpaan, kelalaian terus terbawa oleh arus duniawi....  Begitulah silih berganti...

Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKU kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. “

[Surah Ibrahim: 7]

Termanggu sendirian tatkala membaca ayat di atas... Setiap hari kita dikurniakan pelbagai nikmat oleh ALLAH.  Pada setiap helaan nafas kita terkandung sejuta nikmat yang takkan pernah mampu kita balas selama-lamanya.  

Menyelami makna  syukur itu sendiri, pasti ramai yang beranggapan bahawa rasa syukur ini hanya menyusul setelah mendapat nikmat. Kita patut bersyukur hanya setelah mendapat kejayaan yang diidamkan. Alhamdulillah itu terucap setelah apa yang kita mohon, apa yang kita impikan menjadi kenyataan. Tetapi sedarlah, takrifan syukur dalam Islam tidaklah sesempit itu. Ia terlalu luas untuk dinyatakan satu per satu. Rasa syukur patut hadir pada setiap masa, ketika dan harus sebati dengan diri kita. Waima dalam keadaan sukar sekalipun kita perlu bersyukur. Kerana nikmat itu adalah ujian dan ujian itu adalah nikmat. Setiap yang diberi, adalah yang terbaik buat kita. Diberi peluang untuk bernafas sehari lagi di bumi ALLAH, kita patut bersyukur. Dipilih untuk menerima ujian untuk menambah darjat keimanan, kita mesti bersyukur. Dan untuk segalanya kita mesti bersyukur, kerana hati yang bahagia adalah hati yang sentiasa bersyukur.

setiap kejadian pasti ada hikmahnya... saya amat bersyukur kerana pada hari ini saya mengalami kemalangan jalan raya.. Syukur kerana anak lelaki saya tidak mengalami kecederaan, begitu juga saya... Syukur kerana org yg melanggar saya juga tidak mengalami kecederaan serius... Syukur saya mendapat pengalaman ini kerana mengingatkan saya spy lebih berhati2........ 
kereta saya yg cedera ringan...

 kereta org yg melanggar saya dari belakang.... lokasi berhampiran lampu isyarat hospital...




 

No comments:

Post a Comment