Friday 19 August 2011

OBJEKTIF UBK

1.   Merancang, menyelaras mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.   Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
3.   Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindari murid terlibat dalam perbuatan salahlaku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
4.   Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorentasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi masalah sendiri.
5.   Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
6.   Memberi perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
7.   Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

No comments:

Post a Comment