Tuesday 16 August 2011

PIAGAM SKDI

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ IDRIS DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
Memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid bagi memenuhi hasrat dan tuntutan Sistem Pendidikan Negara.
Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid bagi mendapat pendidikan yang sempurna.
Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin,bertanggungjawab dan produktif.
Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang.
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan selamat.  
Mengadakan program-program kesihatan murid dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
Mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan , badan beruniform serta kelab dan persatuan.
Meningkatkan permuafakatan dan penglibatan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Ibubapa, PIBG dan masyarakat bersama warga sekolah dalam urusan pendidikan.

No comments:

Post a Comment