S. K. Dato Idris

          Nama asal sekolah ialah Sek Tanjong Ipoh
          Ditubuhkan awal tahun 1896 dan pengasasnya En Abdullah b Md Nor
          Tahun 1897/98, sebuah bangunan baru dibina di tapak rumah guru sekarang tetapi telah terbakar pada tahun 1902. Kayu-kayu yang dapat diselamatkan digunakan semula untuk memperbaiki bangunan dan siap pada tahun 1903.  Pelajar terdiri dari murid lelaki sahaja sehingga tahun 1925.
          Hj Talib b Badat seorang tokoh tempatan telah membenarkan bangunan sekolah perempuan ini didirikan di atas tanahnya di kawasan padang SMK Dato Abd Samad sekarang . Sekolah ini digunakan sehingga 1936.
          Pada tahun 1918 – 1927, semasa pentadbiran Guru Besar En Omar b Kaya, sekolah ini telah  mendapat pangkat terlalu baik di antara       sekolah-sekolah seluruh NS selama 4 tahun.
          Tahun 1936, Sekolah Melayu Tg Ipoh bangunan kayu 2 tingkat dibina dan masih kekal hingga sekarang. Sekolah ini telah  mendapat perhatian kerajaan NS kerana kejayaannya di bidang akademik.
          Bangunan ini telah diresmikan pembukaannya oleh DYMM Yang Dipertuan Besar NS, Tuanku Abd Rahman Ibni Al Marhum Tuanku Muhammad pada Januari 1937.
          Sekolah ini satu-satunya mempunyai pasukan Band Scout yang alat muziknya disumbangkan oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan.
          Sekolah ini juga mempunyai kelas bertenun kain, pertukangan dan menggunting rambut.
          Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini ditadbir oleh kerajaan tentera Jepun dan pelajaran bahasa Jepun menjadi matapelajaran utama.
          Mulai 1 Jan 1954, sekolah 2 aliran diwujudkan di mana guru besar Sekolah Inggeris adalah En T.Malvahanan dan Sekolah Melayu adalah Tn Hj Mahat b Sepan.
          Tahun 1956, bangunan Sekolah Inggeris siap dibina di Tapak SMK Dato’ Abd Samad yang kini telah dijadikan bangunan pentadbiran sekolah berkenaan.
          Pada 1 Januari 1977, bangunan baru 4 tingkat telah dibina bersebelahan bangunan kayu 2 tingkat. Bangunan dan kawasan Sekolah Rendah Idris telah diserahkan kepada SMK Dato’ Samad.
          Sek Ren Inggeris dan Sek Keb Tg Ipoh telah disatukan dan dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Idris Tg Ipoh.
          Kini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris, Tg Ipoh.