Tuesday 16 August 2011

LENCANA SKDI


Simbol Padi   :
Seperti resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi. Analoginya, semakin banyak ilmu yang diperolehi , murid-murid sentiasa mengamalkan nilai murni.
Simbol Buku :
Buku merupakan sumber ilmu. Oleh itu semua guru dan murid hendaklah sentiasa menambah ilmu pengetahuannya.
Simbol Obor
Diibaratkan sebagai guru yang sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan anak-anak.
Simbol Perisai (lihat pada tulisan SKDI)
Undang-undang atau peraturan yang digunakan sebagai pelindung warga SKDI.
            Cogankata
’Ilmu Tiang Negara’ – Ilmu dianggap unsur yang paling penting untuk membinakan sebuah negara yang maju dan seimbang

No comments:

Post a Comment