Monday 12 September 2011

REDHA ILMU

Assalamualaikum w.b.t


Rasulullah (SAW), diantaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, bermaksud

"Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala orang yang mengamalkan...."

 Hadis diatas jelas menunjukkan bahawa kerjaya sorg guru itu adalah sangat mulia tempatnya disisi Allah Taala..  Jelas juga sebenarnya bukan penjawatan itu yang dinilai, tetapi niat, pengorbanan dan daya usaha serta tugas menjadi seorang guru itu sendiri yang menjadikan ianya dipandang mulia oleh Allah Taala..

Kita manusia sahaja, bukanlah selayak untuk menilai kebaikan atau keburukan seseorang... Semua itu jelas telah dihitung oleh malaikat yang menjaga bahu kiri dan bahu kanan kita.  Namun jauh disudut hati seorang guru, perasaan sebak menyelubungi tatkala melihat anak didik melangkah menuju dewan peperiksaan..  Walaupun murid tersebut bukan kita yang ajar, namum setiap dari murid adalah anak didik kita tanpa bezanya....

Program redha ilmu telah dijalankan pada 12 Sept 2011, bakal calon UPSR mohon redha ilmu yang diperolehinya sejak kali pertama menjejak kaki ke sekolah ini.  Kepada anak didik semua, pandanglah cikgu anda dengan mata hati, rasakanlah pengorbanan cikgu di dalam hati.. Semua cikgu mendoakan kejayaan anda semua..  

Semua guru bukanlah inginkan balasan atau diagung-agungkan, cuma sedikit penghargaan dan ucapan terima kasih dari anak didik.. Maka penat lelah akan terbalas... Balaslah dengan air mata kejayaan.. Guru adalah ibu bapa, ibu bapa juga adalah guru.. Tujuan kita sama, mahukan anak ini berjaya dunia dan akhirat.....


No comments:

Post a Comment