Wednesday 14 September 2011

KEMAHIRAN MEMBACA


MENGGARAP KEMAHIRAN MEMBACA
1. Membaca secara BERHATI-HATI
·         Beri tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang dibaca
·         Pastikan dapat memehami isi / fakta penting dalam bahan bacaan
·         Elakkan gangguan (radio, televisyen, bunyi bising, sms, mms)
·         Ulang jika tidak memahami apa yang dibaca
2. Membaca secara MENYELURUH
·         Dari pengenalan hingga ayat terakhir. Jangan memilih sebahagian topik sahaja. Setiap isi saling berkaitan
·         Perhatikan juga gambar, gambarajah, graf, jadual, peta minda dan sebagainya
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
·         Membantu mengingat isi / fakta dengan lebih baik
·         Menggelakkan dari tertinggal fakta-fakta penting
4. Membaca dalam SUASANA SELESA
·         Lampu terang / tenang / sunyi /
·         Udara segar dan mencukupi
·         Suhu bersesuaian
·         Pengudaran yang baik / kipas / arcond
5. Berada di dalam KEADAAN SELESA
·         Badan sihat, kalau demam, makan ubat dan berehatlah dahulu
·         Duduklah dalam keadaan tegak dan bersandar pada kerusi
·         Elakkan daripada berbaring / menyarap
6. Baca secara BERPERINGKAT
·         Peringkat permulaan : Baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhannya.
·         Peringkat seterusnya : Membaca untuk mendapatkan maklumat.
7. Cuba BENTUK Soalan ketika membaca
·         Uji Kefahaman / ingatan : 5W 1H ( What, When, Where, Why, Who, How)
Apa ? bila? di mana ? kenapa ? siapa ? bagaimana ?.
8. CATATKAN isi yang dibaca
·         Mengukuhkan ingatan
·         Dapat mengelak daripada mengantuk
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
·         Pen, highlither, kamus, penanda buku, kertas conteng
·         Tandakan isi penting dengan highlither
·         Gunakan kamus untuk istilah sukar

No comments:

Post a Comment