Wednesday 16 November 2011

Berita Harian Online | Calon boleh semak keputusan UPSR menerusi mySMS 15888

Berita Harian Online | Calon boleh semak keputusan UPSR menerusi mySMS 15888

PUTRAJAYA: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai 10 pagi esok.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya, 9 pagi esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment