Thursday 15 December 2011

PENGHIJRAHAN DALAM SATU PERJALANAN

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk yang dipilih pada kali terakhir saya menulis dalam blog ini iaitu PENGHIJRAHAN DALAM SATU PERJALANAN.  Begitu besar maksud yang ingin disampaikan.  Namun ianya tidaklah mengambil masa yang panjang untuk memahaminya.

Semua yang kita lakukan hendaklah diniatkan kerana Allah Taala, jika niat itu betul Insyaallah kita berada dijalan yang benar.  Jika kita hendak ke hulu, tapi destinasi kita ke hilir.  Maka itulah dinamakan ketentuan Allah.  Kita dah berusaha namun Allah yang menentukan.  Saya percaya ada rezeki disebaliknya, dan perjalanan inilah adalah yang terbaik untuk saya.

Penulisan ini adalah yang terakhir saya di dalam blog ini kerana saya telahpun mendapat arahan pertukaran dari PPD Kuala Pilah berkuatkuasa 1 Dis 2011.  Ini bermakna tugas saya sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Kebangsaan Dato' Idris telah pun berakhir.  Maka blog ini juga akan berakhir disini.

Pada mulanya perasaan agak sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan2 dan anak2 murid yang begitu dekat dihati saya.  Walaupun saya baru berkhidmat disekolah bermula tahun 2010.  Hampir semua murid saya ingat nama, karektor dan latarbelakang.  Sebab itu saya rasakan mereka ini sangat dekat dihati saya.  Namun sebagai seorang guru saya cuba berfikiran positif. 

Jika kita terlalu lama duduk di dalam zon selesa. Produktiviti kerja kita akan menurun.  Bila berada dipersekeliling yang baru, makin ramai kawan, makin bertambah pengalaman.  Pengalaman adalah guru yang sangat berkesan di dalam mendewasakan kita.  Rasulullah juga berhijrah demi kebaikan.  Anggaplah hijrah ini untuk mengahut amanah Allah kpd Khalifahnya.

Sebelum saya mengundur diri, saya amat berbesar hati jika bahan2 di dalam blog ini dapat dkongsi bersama guru2 kaunseling yang lain.  Saya mohon mmaf andai apa yang saya sampaikan dalam blog ini ada menyinggung perasaan pembaca..

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.  Saya mohon mengundur diri.  Doakan saya ditempat baru. Pasti rindu itu akan menjelma pada mereka yang mengingati diri ini......

Wassalam........