Thursday 27 October 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM WBT..
SALAM 1 MALAYSIA

Pada hari selasa, 25 Okt 2011.  Sekolah Kebangsaan Dato' Idris telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Putrajaya dan RTM Seremban.  Program ini mengisi tentatif program selepas UPSR dan juga rombongan Kelab Perpustakaan digabungkan sekali. Lagi ramai, lagi meriah!  Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahun 6 dan ahli kelab perpustakaan (tahun 4&5).  Juga guru pengiring seramai 7 orang.

Bertolak dari Tanjong Ipoh tepat jam 7.30 pagi.  Destinasi pertama kami adalah adalah menaiki putrajaya cruise.  Cruise yang boleh menempatkan seramai 76 orang penumpang lengkap dengan sistem penghawa dingin dan jeket keselamatan.  Apa yang menarik, kami di bawa menyusuri tasik putrajaya dan dapat melihat pemandangan sekeliling putrajaya.  Antara tempat yang dapat dilihat dari cruise ialah, Masjid2 di Putrajaya, beberapa batang jambatan dan juga bangunan kerajaan yang pelbagai bentuk yang unik.

Selepas itu, kami juga berpeluang membeli belah di Souq Bazaar.  Souq Bazaar ini terletak di tingkat bawah Masjid Putra di Putrajaya.  Terdapat lebih kurang 50 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, diantaranya souvenirs, kraftangan, pakaian dan macam-macam lagi..

Perut pun telah pun berbunyi, jam pun menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.  Kami semua menikmati makanan tengah hari kami berlatarbelakang Perdana Putra.  Perdana putra adalah bangunan rasmi Perdana Menteri.  Dibina pada tahun 1997 dan terletak di atas bukit menampakkan bangunan ini tersergam indah.  Bangunan ini dibina berdasarkan kesenian islam, melayu dan eropah...

Selesai makan tengah hari, kami berpeluang bersolat di masjid putra..  Masjid Putra ini boleh menempatkan seramai 15 orang jemaah dalam satu masa.  Masjid ini diilhamkan dari Masjid Sheik Omar di Baghdad.  Manakala KUBAH masjid yang berwarna pink diilhamkan dari Masjid King Hassan di Casablanca, Morocco.

Setelah selesai menyahut seruan ilahi, kami bertolak ke Sungai Gadut.  Destinasi seterusnya ialah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan,Kompleks Penyiaran Tuanku Muhamad atau lebih dikenali sebagai RTM Seremban..  Kami berpeluang on-air bersama DJ yang bertugas pada hari itu, Adam Tahir dan Nen.  Ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan kami lupakan




Friday 14 October 2011

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6

aSSAalamualaikum w.b.t
salam 1 malaysia

tarikh : 14 Oktober 2011 (Jumaat)
masa : 10.30 am
tempat : dewan SKDI

Berlansungnya satu acara iaitu Jamuan Perpisahan Tahun 6, semua guru dijemput hadir pada memeriahkan lagi majlis ini.

berikut adalah beberapa gambar kenangan semasa majlis tersebut

Ucapan Guru Besar SKDI

Antara guru yang sudi hadir, terima kasih cikgu!

Aktiviti menjamu selera.  Semua macam dah lapar...

Aktiviti tukar-tukar hadiah. Best sangat!

Monday 3 October 2011

PEMIMPIN RAKAN SEBAYA


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM 1 MALAYSIA

Tahniah diucapkan kepada 4 orang murid SKDI kerana telah mewakili sekolah ke Program Pemimpin Rakan Sebaya Bongsu (PRS) di Rembau pada 5 hingga 7 Noverber 2011.  Mereka adalah adik Muhammad Amir Faiz bin Zaidi, adik Muhammad Amir Ashraf bin Hishamudin, adik Nurin Aida Faqihah binti MOhd Fazil dan adik Nur Aleya Husna... Mereka dari kelas 4A...  

Buat pengetahuan semua, SKDI belum menubuhkan PRS sekolah, namun berita baik pada tahun 2012.. PRS julung kali ditubuhkan.  Mulai bulan Oktober 2011, pemilihan PRS akan dijalankan... Kepada murid yang terpilih akan di umumkan kelak..

nak tau apa itu PRS?

DEFINISI 
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela  memberi khidmat dalam sistem sekolah.

 PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
1 Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal. 
2 Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
FALSAFAH

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN” PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan

ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:

1.1.        Amanah dan menyimpan rahsia.
1.2.        Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
1.3.        Tahu batasan dan keupayaan diri.
1.4.        Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
1.5.        Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.6.        Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.












Berita Harian Online | Jangan bohong

Berita Harian Online | Jangan bohong
Kesan tipu sejak usia awal boleh jadi kebiasaan sampai ke tua

KATA pepatah ‘siakap sinohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri’. Itu implikasi yang kita diajar sejak kecil. Tetapi Pengarah Institut Kajian Kanak-kanak, Universiti Toronto, Dr Kang Lee mengatakan, itu petanda bahawa otak mereka cepat berkembang dan kemungkinan memiliki kehidupan yang berjaya, pada masa depan.
Ini kerana ia membabitkan proses fungsi otak bekerja seperti mengintegrasikan sumber informasi dan memanipulasi data berkenaan, seperti memproses cerita sebelum lahir menerusi tutur bicaranya, disifatkan sebagai membina kognitifnya.
Barangkali ramai yang tidak bersetuju kerana bohong tetap salah. Anak kecil yang sedang bercakap bohong di depan kita selalunya kelihatan comel dengan mata yang berkelip-kelip lantaran ‘sedang’ mereka cerita.

Tetapi sebagai orang dewasa, kita tidak seharusnya cepat panik dan marah bila anak mulai berbohong. Kerana itu juga pengalaman kita menangani anak. Boleh jadi dia belajar berbohong daripada ibu bapanya sendiri yang pernah berbohong di depannya.

Kanak-kanak mula berbohong apabila dia sudah boleh bercakap dan memahami seawal usia dua tahun. Kanak-kanak itu sendiri sebetulnya faham bila dia berkata benar atau sebaliknya. Tetapi pada usia berkenaan, selalunya tidak sukar untuk ‘membongkar’ penipuan itu kerana selalunya pada usia berkenaan dia melakukan demikian demi meraih pelukan atau perhatian ibu bapanya.

Ibu bapa atau orang dewasa perlu membezakan antara bohong dan imaginasi. Sebagai contoh sekiranya anak kecil bercerita mengenai kehebatan kucing yang tiba-tiba boleh bertukar menjadi makhluk asing. Dia mungkin tidak bermaksud sedemikian. Ibu bapa perlu mendengar tetapi jangan terlalu berkeras atau marah kerana kadangkala anak kecil bercerita demikian sebagai isyarat kepada ibu bapa untuk berkunjung ke zoo misalnya, atau menonton cerita mengenai haiwan.
Pembohongan dilakukan anak menjadi lebih serius bila dia berbohong kerana ingin menyelamatkan diri sendiri seperti menuduh orang lain mencuri sedangkan perbuatan itu sebenarnya dilakukannya. Keadaan boleh bertukar rumit bila memiliki ibu bapa yang mudah naik angin bila anak melakukan kesalahan itu.

Anak berfikir, daripada sakit dirotan, lebih baik bercakap bohong, sudah pasti tidak dimarahi.

Anda sendiri pernah berbohong di depannya, tetapi mungkin anda tidak perasaan. Sebagai contoh anda ingin mengalih stesen televisyen dengan mengatakan siaran kartun sudah habis, sedangkan belum.

Menjadikan bohong sebagai hobi harus dihentikan. Sekiranya dibiarkan, anak merasa seronok berbohong selalu dan lebih parah bila dia memikirkan bohong sebagai penyelesaian paling mudah sekiranya berhadapan dengan sesuatu masalah.

Jika anggota keluarga pula kerap berbohong, seperti si ayah, menjanjikan akan membeli mainan sekiranya anaknya berkelakuan baik, tetapi sebenarnya hanya umpan. Sekiranya si ayah gagal laksanakan janjinya, anak akan anggap ayahnya menipu. Peristiwa itu akan memberikan tekanan dalam fikiran anak hingga akhirnya si kecil memikirkan bohong atau tak penuhi janji, suatu kebiasaan.

INFO:


  • Beri penjelasan secukupnya - anda tidak perlu memberi penjelasan moral panjang lebar pada si kecil, tetapi cukup dengan mengatakan apabila berbohong anda akan berasa sedih. Anak-anak sensitif terhadap perasaan ibu bapanya.

  • Jangan menciptakan suasana untuk bohong - seperti orang dewasa, si kecil pun tidak akan mengakui pembohongan dilakukan itu, apatah lagi sekiranya dia akan dimarahi. Justeru amalkan bertanya menggunakan ayat yang tepat tetapi bukan dalam nada marah.

  • Anda seharusnya tahu membezakan antara cerita fantasi atau kenyataan. Kalau terlalu banyak fantasi pun tidak baik. Jelaskan sebaiknya kepadanya.

  • Hindari marah dan reaksi berlebihan - bagi anak, kemarahan orang tua lebih menakutkan berbanding hukuman yang harus dia hadapi. Anda patut menyiasat, mengapa ia berbohong. Terangkan kepadanya perbuatan itu tidak baik.

  • Hormati peribadi anak anda - kalau dia bercerita kepada anda dan tidak mahu cerita itu dibocorkan kepada orang lain, jangan lakukan, melainkan ada alasan kukuh untuk anda berbuat demikian, seperti anak menerima ugutan dan sebagainya.

  • Yakin kepada diri anak - ahli psikologi setuju bahawa seorang anak yang mempunyai harga diri dan tinggi rasa yakin diri, tidak suka berbohong. Justeru tingkatkan perasaan itu dengan bina komunikasi dan hubungan positif dalam keluarga.

  • Saturday 1 October 2011

    Berita Harian Online | 60,000 pelajar kita ketagih FB

    Berita Harian Online | 60,000 pelajar kita ketagih FB

    Oleh Norakmah Mat Youb
    norakmahbharian.com.my
    2011/10/10

    Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

    KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
    Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
    Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
    Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

    Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

    “Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

    Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
    “Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

    Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

    Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

    “Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

    Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

    Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

    “Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

    Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

    Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.