Thursday 27 October 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM WBT..
SALAM 1 MALAYSIA

Pada hari selasa, 25 Okt 2011.  Sekolah Kebangsaan Dato' Idris telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Putrajaya dan RTM Seremban.  Program ini mengisi tentatif program selepas UPSR dan juga rombongan Kelab Perpustakaan digabungkan sekali. Lagi ramai, lagi meriah!  Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada murid tahun 6 dan ahli kelab perpustakaan (tahun 4&5).  Juga guru pengiring seramai 7 orang.

Bertolak dari Tanjong Ipoh tepat jam 7.30 pagi.  Destinasi pertama kami adalah adalah menaiki putrajaya cruise.  Cruise yang boleh menempatkan seramai 76 orang penumpang lengkap dengan sistem penghawa dingin dan jeket keselamatan.  Apa yang menarik, kami di bawa menyusuri tasik putrajaya dan dapat melihat pemandangan sekeliling putrajaya.  Antara tempat yang dapat dilihat dari cruise ialah, Masjid2 di Putrajaya, beberapa batang jambatan dan juga bangunan kerajaan yang pelbagai bentuk yang unik.

Selepas itu, kami juga berpeluang membeli belah di Souq Bazaar.  Souq Bazaar ini terletak di tingkat bawah Masjid Putra di Putrajaya.  Terdapat lebih kurang 50 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan, diantaranya souvenirs, kraftangan, pakaian dan macam-macam lagi..

Perut pun telah pun berbunyi, jam pun menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.  Kami semua menikmati makanan tengah hari kami berlatarbelakang Perdana Putra.  Perdana putra adalah bangunan rasmi Perdana Menteri.  Dibina pada tahun 1997 dan terletak di atas bukit menampakkan bangunan ini tersergam indah.  Bangunan ini dibina berdasarkan kesenian islam, melayu dan eropah...

Selesai makan tengah hari, kami berpeluang bersolat di masjid putra..  Masjid Putra ini boleh menempatkan seramai 15 orang jemaah dalam satu masa.  Masjid ini diilhamkan dari Masjid Sheik Omar di Baghdad.  Manakala KUBAH masjid yang berwarna pink diilhamkan dari Masjid King Hassan di Casablanca, Morocco.

Setelah selesai menyahut seruan ilahi, kami bertolak ke Sungai Gadut.  Destinasi seterusnya ialah Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan,Kompleks Penyiaran Tuanku Muhamad atau lebih dikenali sebagai RTM Seremban..  Kami berpeluang on-air bersama DJ yang bertugas pada hari itu, Adam Tahir dan Nen.  Ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan kami lupakan




1 comment:

  1. ralat : Masjid putra boleh menempatkan 15 ribu jemaah.. bukan 15 orang jemaah....

    ReplyDelete