Friday 30 September 2011

MERIAHNYA HARI KANAK-KANAK SKDI

Assalamualaikum w.b.t....................
Salam 1 Malaysia...


Alhamdulillah segala yang dirancang telahpun terlaksana..  Kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Hari Kanak-Kanak kerana telah berjaya menganjurkan satu program yang amat meriah.  Terima kasih diucapkan kerana menghargai zaman kanak-kanak, semua murid SKDI.  Seperti yang kita selalu dengar, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling diingati oleh semua orang (mungkin, ada juga tidak).  Kerana pada tahap ini, mereka tidak lagi dibebani dengan permasalahan yang berat kecuali belajar dan bermain.  Namun cabaran kanak-kanak pada masa sekarang bukan lagi seperti dahulu, mereka lebih terdedah kepada negatif.

Pada kali ini. bukanlah niat nak membincangkan permasalahan kanak-kanak.  Masih mengambung cerita Sambutan Hari Kanak-Kanak SKDI 2011 ini.  Pelbagai acara yang dirangka dengan meriahnya seperti acara pakaian beragam tahap 1 dan tahap 2.  Bagi tahap 1, kecomelan anak-anak kecil ini memperagakan pakaian beragam terselah.  Begitulah objektifnya untuk mencungkil potensi yang ada dalam diri murid.  Sebelum terlupa, tema pakaian beragam adalah SAYUR ITU SIHAT, BUNGAN ITU INDAH.  Sejajar dengan tema sedemikian, maka murid dihiasi dengan pelbagai sayur-sayuran dan juga bunga-bungaan...........

Selain daripada itu, kami juga dimeriahkan oleh maskot Marrybrown, bila tengok jer maskot tu datang. Murid-murid apa lagi, seronok dan tidak boleh mengawal diri lagi.  Kalau boleh nak bawak balik agaknya.  Selain itu, Sambutan Hari Kanak-Kanak juga dimeriahkan oleh gerai jualan oleh persatuan/unit uniform dan orang perseorangan.  Macam-macam jenis gerai, burger, buah-buahan, baju bundle pun ada...

Sekali lagi nak ucap tahniah kepada jawatankuasa, sesungguhnya program ini berjaya bukanlah atas nama seseorang, malahan kejayaan sesuatu program itu adalah dari kerjasama semua pihak sama ada langsung mahupun tidak langsung
Gerai Perpustakaan dan Bimbingan dan Kaunseling.....

Murid mengasah bakal menjadi usahawan

Acara pakaian beragam, murid tahun 1

Maskot Marrybrown sempat melawat gerai jualan

Terima Kasih kepada Perpustakawan kerana sudi mempromosikan gerai kami

Macam artis, ramai betul peminat dia....

Wednesday 28 September 2011

PROMOSI GERAI JUALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMPENA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t


PDF Print Emel

Latar Belakang Hari Kanak-Kanak
Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). copy from : http://www.jkm.gov.my

Di SKDI pula sepanjang saya berkhidmat disini, ianya merupakan kali pertama menyambutnya.  Oleh kerana teruju dapat menyambut Hari Kanak-Kanak buat ulung kalinya, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil kesempatan untuk memeriahkan lagi perjalanan majlis dengan menyertai Gerai Jualan yang berkongsi bersama Kelab Perpustakaan (jiran lama).

Walaupun tidaklah begitu hebat, namun jualan DADIH SPECIAL dari UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING diharap dapat memberi sumbangan kepada program ini.  Kepada semua murid,ibu bapa/penjaga, guru-guru dan semua jemputan jangan lupa membeli DADIH SPECIAL hanya berharga RM 1 sahaja.... Apa yang special? Dadih ini mempunyai rasa yang sedap, warna yang menarik (dibuat dengan 2 lapisan perasa yang berbeza) dan ditaburi dengan "calour rice" yang berwarna warni.... Memang menarik! Kalau xpercaya, tengok gambar di bawah ini

Walaupun seharian begitu sibuk dengan tugasan rasmi, petang tadi pergi ke Rembau hantar murid ke Program PRS Bongsu.  Namun kepenatan itu bukan menghalang semangat untuk meraikan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah.  Khas untuk semua kanak-kanak....

Jangan lupa dapatkan DADIH SPECIAL UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
HANYA RM 1 SAHAJA





Tuesday 20 September 2011

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak


Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
              Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
       
          Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
       
          Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

    Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
    Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
    Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
      ~Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
      ~Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
      ~Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
      ~Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
      ~Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
      ~Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
      ~Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
      ~Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

      Kesan tidak tahu membacaTidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
      Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
      Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
      Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
      Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
      Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
      0 hingga 2 ½ tahun
        

       ~mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
      ~belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
      ~kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.

      ~rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
      ~kosa kata berkembang sehingga 270.
       
        2 ½ hingga 4 ½ tahun
        ~peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
        ~terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
        ~perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
        ~kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
        ~pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
        ~mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
         
          4 ½ hingga 7 tahun

          ~perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
          ~kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
          ~corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
          ~mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
          ~Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
           
            Membantu kanak-kanak membacaMengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
            1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
            2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
            3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
            4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
              Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
              Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. 

            Saturday 17 September 2011

            PENGURUSAN STRESS


            TANGGAPAN DIRI POSITIF
            Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D – Laman MAP
            Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang telah berlaku tetapi kita boleh mengubah tanggapan dan cara fikir kita terhadap sesuatu itu. Perubahan tanggapan perlu dibuat bagi meletakkan diri kita pada situasi yang menguntungkan diri kita sendiri.
            Kejayaan adalah satu pilihan hidup. Ia bukan sekadar takdir dan jauh sekali berdasarkan nasib semata-mata. Kebolehan seseorang mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyakbergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya. Sekiranya tanggapan itu positif maka baiklah natijahnya. Kalau tanggapan itu negatif maka buruklah pula hasilnya.
            Bagaimana tanggapan ini terbentuk? Bolehkah ia diubah? Persoalan ini sering memeningkan kepala mereka yang bukan ahlinya.
            Tanggapan terbentuk hasil daripada acuan ibu bapa sendiri. Pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola juga membentuk tanggapan dalam diri kita. Apa yang kita percaya dan yakin sebagai benar akan membentuk pegangan hidup kita dan seterusnya menjadi sumber rujukan kita apabila berlakunya sesuatu peristiwa. Kerap kali kita berkata, “orang itu tak boleh dipercayai”, semata-mata kerana kita mengenali seseorang sebelumnya, yang mirip atau seiras dengan orang itu, yang pernah membohongi kita. Tanggapan sebegini hanya merugikan kita dan memerangkap diri sendiri.
            Tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita seringkali tersasar. Kita menilai diri kita berdasarkan hanya tanggapan dan bukannya kebolehan diri sebenar yang ada.
            Tanggapan ini pula merujuk kepada peristiwa lampau dalam sejarah hidup kita. Misalnya, kalau kita diminta memberikan pidato umum, kita mungkin menolaknya dan memberikan seribu alasan semata-mata kerana dulunya kita pernah ditertawakan kerana pidato yang tidak menjadi. Sebaliknya, kalau kita tidak pernah langsung berpidato, kita merujuk kepada pengalaman rakan yang ditertawakan dan menggambarkannya sebagai diri kita sendiri.
            Kenapa tidak pelajari pengalaman mereka yang berjaya? Dapatkan idola dalam setiap bidang yang mahu diceburi. Misalnya, berani macam Anwar Ibrahim, bijak dan berwawasan macam Dr. Mahathir Mohamad, baik pekerti dan takwa macam Nik Aziz. Dengan gabungan beberapa individu di atas pastinya kita bakal menjadi orang yang jauh lebih baik. Dan sebaik-baik idola itu ialah junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
            Minda manusia ibarat sebidang tanah. Apa yang disemai itulah yang dituai. Kalau kita sentiasa terdedah dengan unsur-unsur yang baik, bergaul dengan mereka yang berjaya, hidup dalam persekitaran yang membina. Pastinya tanggapan kita terhadap kebolehan diri kita mirip kepada kecemerlangan. Jadi semailah padi agar yang dituai nanti padi. Jangan semai lalang nanti yang tumbuh nanti juga lalang

            Thursday 15 September 2011

            MEMAHAMI ILMU & KEPENTINGAN KAUNSELING

            PENGERTIAN KAUNSELING
            Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pengertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

            Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti ‘rundingcara’ sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

            Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
            • Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing. 
            • Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. 
            Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
            Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung. 
            Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
            Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.


            TUJUAN KAUNSELING
            Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
            Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

            Lima tujuan kaunseling iaitu:
            1. Menolong mengubah tingkah laku klien. 
            2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya. 
            3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 
            4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu. 
            5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. 
            Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

            Wednesday 14 September 2011

            LAPORAN DOKUMENTASI PERLANTIKAN WATIKAH PENGAWAS

            LAPORAN DOKUMENTASI
            PROGRAM PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS

            TARIKH
            17 JANUARI 2011 (ISNIN)

            MASA
            7.35 PAGI

            TEMPAT
            TAPAK PERHIMPUNAN SKDI

            ANJURAN
            JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS

            DENGAN KERJASAMA
            UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SKDI

            LAPORAN 

            TARIKH                    :  17 Januari 2011
            HARI                         :  Isnin
            MASA                       :  7.35 pagi
            TEMPAT                   :  Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris
            PESERTA                  :  Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber
                                                  
            KEKUATAN             : 
            1.       Program berjalan dengan lancar dan tidak mengambil masa yang panjang sehingga mengganggu    P&P
            2.      Kerjasama daripada semua guru terutamanya Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah sangat memuaskan.

            KELEMAHAN         : 
            1.  Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber tidak bersedia untuk mengambil Sijil Pelantikan Watikah dan kedudukan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber tidak tersusun

            CADANGAN            : 
            1.     Menyusun murid mengikut susunan senarai nama
            2.     Memberi taklimat kepada murid perjalanan program



            Disediakan oleh                                                         Disahkan oleh

            ...............................................................                   ...............................................................
            (NOORFARIZAN MUHAMMAD DI)                  (NOOR FADILAH MOHD YASIN)
            Guru Bimbingan dan Kaunseling                              Guru Besar
            SK Dato’ Idris                                                          SK Dato’ Idris
            Tanjong Ipoh                                                             Tanjong Ipoh
            Negeri Sembilan Darul Kursus                                  Negeri Sembilan Darul Kursus







            KERTAS CADANGAN WARTIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

            PROGRAM PELANTIKAN WATIKAH PENGAWAS

            TARIKH
            17 JANUARI 2011 (ISNIN)

            MASA
            7.35 PAGI

            TEMPAT
            TAPAK PERHIMPUNAN SKDI

            ANJURAN
            JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS

            DENGAN KERJASAMA
            UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SKDI



            KERTAS KERJA PROGRAM PERLANTIKAN WATIKAH PENGAWAS

            PENGENALAN

                        Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber atau Pemimpin Organisasi merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah. Peranannya amat penting dalam membantu Pihak Sekolah dalam memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan lancar. Namun begitu peranan pelajar-pelajar yang terlibat masih perlu dimantapkan lagi agar ia mampu bergerak aktif ke arah matlamat asal penubuhannya dengan menggerakkan kepimpinan daripada kalangan ahlinya. 

            MATLAMAT
                        Melahirkan pemimpin yang berwibawa dari kalangan pelajar supaya mampu untuk memimpin dan menggerakkan badan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber Sekolah disekolah sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani dan dihormati, serta berupaya membantu sekolah melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.

            OBJEKTIF
            1.      Melantik Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber sebagai Organisasi Kepimpinan Sekolah
            2.      Mengumumkan Barisan Peneraju Utama Pengawas Sekolah
            3.      Memperkenalkan Barisan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber kepada murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris

            SASARAN
            Pengawas Sekolah- 33
            Pengawas Pusat Sumber –  15 orang
            Jumlah = 48 orang

            ANGGARAN PERBELANJAAN
            BIL
            PERKARA
            HARGA (RM)
            KUANTITI
            JUMLAH (RM)
            1
            Sijil Watikah
            1.50
            48
            72
            2
            Tali Leher
            8.00
            6
            48
            4
            Jumlah


            RM 120
             

            AHLI JAWATANKUASA INDUK
            Pengerusi                                           : Cik Hjh Noor Fadilah binti Mohd Yasin
            Timbalan  Pengerusi                           : Encik Mohd Khidzari bin Mohd Ali
            Naib Pengerusi 1                                : Encik Che Wan Suhaimi bin Che Wan Abdullah
            Naib Pengerusi 2                                : Encik Said Ramlan bin Ishak
            Penyelaras                                          : Puan Noorazizan binti Mohamad Judi
            Setiausaha                                          : Puan Noorfarizan Binti Muhammad Di
            Bendahari                                           : Puan Norlaila Binti Abu Zarim
            Ahli Jawatankuasa:
            1. Tuan Haji Nazri bin Dollah
            2. Encik Mustafa bin Harun
            3. Encik Rahmat bin Ibrahim

            JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
            Penyelaras                                          : Puan Noorazizan binti Mohamad Judi
            Setiausaha                                          : Puan Noorfarizan Binti Muhammad Di
            Bendahari                                           : Puan Norlaila Binti Abu Zarim
            Pengacara Majlis                                 : Encik Mustafa bin Harun
            Sijil Watikah                                       : Encik Rahmat bin Ibrahim
            Pengurus Murid                                  : Tuan Haji Nazri bin Dollah


            PENUTUP
                        Diharapkan dengan adanya Program Perlantikan Watikah Pengawas ini pelajar-pelajar terbabit dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka untuk membantu menaikkan nama sekolah. Adalah juga diharapkan mereka menjadi contoh kepada pelajar lain dalam bidang akademik.

            Disediakan oleh                                             Disemak oleh

            ...............................................................       .................................................................................
            (NOORFARIZAN MUHAMMAD DI)           (CHE WAN SUHAIMI CHE WAN ABDULLAH)
            Guru Bimbingan dan Kaunseling                       Guru Penolong Kanan HEM
            SK Dato’ Idris                                                SK Dato’ Idris
            Tanjong Ipoh                                                  Tanjong Ipoh
            Negeri Sembilan Darul Kursus                         Negeri Sembilan Darul Kursus




            Disahkan oleh



            .........................................................
            (NOORFADILAH MOHD YASIN)
            Guru Besar
            SK Dato’ Idris
            Tanjong Ipoh
            Negeri Sembilan Darul Kursus