Wednesday 24 August 2011

Syukur pada nikmat ALLAH






Dengan Nama Allah, hamba terasa begitu kerdil jika dibanding dgn nikmat Allah berikan selama ini.. Namun dalam kesedaran ini, kealpaan, kelalaian terus terbawa oleh arus duniawi....  Begitulah silih berganti...

Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKU kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. “

[Surah Ibrahim: 7]

Termanggu sendirian tatkala membaca ayat di atas... Setiap hari kita dikurniakan pelbagai nikmat oleh ALLAH.  Pada setiap helaan nafas kita terkandung sejuta nikmat yang takkan pernah mampu kita balas selama-lamanya.  

Menyelami makna  syukur itu sendiri, pasti ramai yang beranggapan bahawa rasa syukur ini hanya menyusul setelah mendapat nikmat. Kita patut bersyukur hanya setelah mendapat kejayaan yang diidamkan. Alhamdulillah itu terucap setelah apa yang kita mohon, apa yang kita impikan menjadi kenyataan. Tetapi sedarlah, takrifan syukur dalam Islam tidaklah sesempit itu. Ia terlalu luas untuk dinyatakan satu per satu. Rasa syukur patut hadir pada setiap masa, ketika dan harus sebati dengan diri kita. Waima dalam keadaan sukar sekalipun kita perlu bersyukur. Kerana nikmat itu adalah ujian dan ujian itu adalah nikmat. Setiap yang diberi, adalah yang terbaik buat kita. Diberi peluang untuk bernafas sehari lagi di bumi ALLAH, kita patut bersyukur. Dipilih untuk menerima ujian untuk menambah darjat keimanan, kita mesti bersyukur. Dan untuk segalanya kita mesti bersyukur, kerana hati yang bahagia adalah hati yang sentiasa bersyukur.

setiap kejadian pasti ada hikmahnya... saya amat bersyukur kerana pada hari ini saya mengalami kemalangan jalan raya.. Syukur kerana anak lelaki saya tidak mengalami kecederaan, begitu juga saya... Syukur kerana org yg melanggar saya juga tidak mengalami kecederaan serius... Syukur saya mendapat pengalaman ini kerana mengingatkan saya spy lebih berhati2........ 
kereta saya yg cedera ringan...

 kereta org yg melanggar saya dari belakang.... lokasi berhampiran lampu isyarat hospital...




 

Tuesday 23 August 2011

Majalah SKDI (JULUNG KALINYA)

Gambar Guru-guru SKDI

Dalam usaha membuat pembikinan majalah sekolah
Di dalam mesyuarat agung PIBG yang lepas, ada ibu bapa yang mencadangkan supaya sekolah menerbitkan majalah sekolah.  dan cadangan tersebut telahpun diterima oleh semua pihak. Namun ada juga pihak memandang negatif cadangan menerbitkan majalah, tidak juga kedengaran pandangan positif daripada pihak yang lain pula.. Setiap perkara / cadangan memang ada pro/contra.. Terpulang pada akal fikiran masing2 untuk menjadikan ia +ve / -ve....

Pada saya pula sememangnya menggalas tanggungjawab sebagai Penyelaras kepada pembikinan majalah sekolah ini memang satu tanggungjawab yang sangat berat.  Namun kalau kita tak cuba memang xtau dan tidak dapat pengalaman tersebut.  Lantar mencabar diri sendiri menerima, walaupun perjalanan menerbitkan majalah ini tidak sesempurna yang dirancang.  Tapi ianya pengalaman yang sangat bermakna bagi diri ini.  sekurang-kurang saya telahpun menjalankan amanat/tanggungjawab yang dijalankan...

Lega rasa apabila proses penggambaran telahpun selesai, kerja mengedit bukanlah satu kerja yang sukar, namun ketekunan dan fokus untuk mengedit tu yang menjadi kekangan.. tambah2an bulan puasa nie..hihi... bulan puasa bkn dijadikan alasan..mata yang begitu tidak sporting...hihi....


Doakan semoga majalah sekolah ini dapat diterbitkan untuk julung kalinya

Friday 19 August 2011

PERTANDINGAN SUDUT PPDa

Alhamdulillah................
Syukur kehadrat Allah Taala kerna dengan limpah kurnianya akhirnya apa yang dirancang telahpun selesai.
Keputusan pertandingan PPDa belum diketahui, sedah tentu kita mengharapkan sesuatu yang positif, namun sudah menjadi kebiasaan dan adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah..

Walaupun keputusan belum diumumkan saya telahpun merasakan kejayaannya, bukan kejayaan memasuki peringkat seterusnya, tapi saya merasakan kejayaan didalam kerjasama / teamwork guru/staf/pentadbir skdi yang bersatu hati dalam menyiapkan tugasan ini...

Anak lelaki saya memang suka tgk kartun wonderpets... Selalu dinyanyikan oleh kanak-kanak "Apa yang penting, KERJASAMA!!!". Kerjasama / teamwork sgt penting dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.  Kerja yang susah terasa senang dengan adanya kerjasama... Saya memang respek dgn guru,staf yang sudi membantu dalam menyiapkan Sudut PPDa ini.. Memang mengharukan....

Saya masih ingat lagi dengan modul yang diajar semasa di PLKN menyentuh mengenai "WIN-WIN SITUATION".  Terdapat satu permainan di dalam modul ini, pelatih  diberikan dikehendaki berlawan GUSTI TANGAN bersama pasangan masing2, siapa yang menang akan dpt gula2.. (saya tidak dpt menerangkan dgn lebih lanjut modul ini krn modul ini adalah dilindungi oleh JLKN).. Ternyata kekuatan fizikal berlawan gusti lengan tidak memberikan kita kemenangan yang mutlak. Namun, hanya dengan sedikit kesabaran, merendahkan ego masing2.. hasilnya tiada salah faham, tdk puas hati..malahan inilah cara utk kita mengeratkan hubungan sesama kita... Insyaallah
cikgu laila siap sedia mengecat bilik reakrasi PPDa

murid dtg membantu ckg laila n ckg faiizah

sudut di tepi tangga (pekerja sdg mengecat warna tema OREN)

ustzah azizan dan pekerja sdg berbincang (sudut di kantin)

gb,pk hem pun turun padang

ckg hakimah n murid 5B sdg bt banner

artis skdi-azman zahar (staf skdi)

taman gaya hidup sihat dibawah kelolaan ckg tapa dan ckg rahmat

inilah hasil kreatif ckg harlina, ckg gja, kak ct (pt kewangan) dan beberapa org lg yg mbantu

bilik reakrasi PPDa yang telah siap lukis mural hasil dr ckg laila, ckg faiiza dan ckg haflida.. balik lewat nk siapkan blk nie

banner PPDa hasil usaha keras ckg kimah dll






TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENTADBIR, GURU-GURU, STAF, MURID-MURID SKDI DAN MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DI DALAM MENYIAPKAN SUDUT PPDa.... INILAH KEJAYAAN KITA..........

OBJEKTIF UBK

1.   Merancang, menyelaras mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.   Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid.
3.   Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindari murid terlibat dalam perbuatan salahlaku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.
4.   Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorentasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi masalah sendiri.
5.   Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
6.   Memberi perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.
7.   Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

FALSAFAH UBK


Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh

MISI UBK


Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam masyarakat ‘madani’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

VISI UBK

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah

HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI SEMBILAN




BIL

PERISTIWA

HARI
TAIRKH
MASIHI
HIJRAH

1.

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar N.Sembilan


JUMAAT

14 Januari 2011

09 Safar 1432

2.


Thaipusam

KHAMIS

20 Januari 2011

15 Safar 1432

3.


Tahun Baharu Cina

KHAMIS dan JUMAAT

3 Februari 2011 dan                        4 Februari 2011

29 Safar 1432 dan                           1 Rabiulawal 1432


4.

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W       (Maulidur Rasul)

SELASA


15 Februari 2011

12 Rabiulawal 1432

5.

Hari Pekerja

AHAD

1 Mei 2011

27 Jamadilawal 1432

6.

Hari Wesak

SELASA

17 Mei 2011

13 Jamadilakhir 1432

7.

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda               Yang Dipertuan Agong
SABTU

4 Jun 2011

2 Rejab 1432

8.

Israk dan Mikraj ( * )

RABU

29 Jun 2011

27 Rejab 1432

9.

Awal Ramadhan ( + )

ISNIN

1 Ogos 2011

1 Ramadhan 1432

10.

Hari Raya Puasa ( + )


SELASA dan  RABU

30 Ogos 2011 dan
31 Ogos 2011

1 Syawal 1432             dan
 2 Syawal 1432

11.

Hari Kebangsaan

RABU

31 Ogos 2011

2 Syawal 1432

12.

Hari Malaysia

JUMAAT

16 September 2011

18 Syawal 11432

13.

Hari Deepavali

RABU

26 Oktober 2011

28 Zulkaedah 1432

14.

Hari Raya Qurban ( * + )


AHAD dan ISNIN

6 November 2011 dan
7 November 2011

10 Zulhijjah 1432 dan
 11 Zulhijjah 1432

15.

Awal Muharam (Maal Hijrah)

AHAD

27 November 2011

1 Muharram 1433


Hari Krismas

JUMAAT

25 Disember 2011

29 Muharram 1433

Tuesday 16 August 2011

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2011





Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan


Mula

Akhir

Bil. Hari

Jumlah Hari







I


Hari Persekolahan

03.01.2011

31.01.2011

21

50
01.02.2011
28.02.2011
20
01.03.2011
11.03.2011
9

Cuti Pertengahan Penggal I


12.03.2011

20.03.2011

-

9

Hari Persekolahan

  21.03.2011

31.03.2011

9

50
01.04.2011
30.04.2011
21
01.05.2011
27.05.2011
20

Cuti Pertengahan Tahun


28.05.2011

12.06.2011

-

16






II

Hari Persekolahan

13.06.2011

30.06.2011

14

55
01.07.2011
31.07.2011
21
01.08.2011
26.08.2011
14

Cuti Pertengahan Penggal II


27.08.2011

04.09.2011

-

9

Hari Persekolahan


05.09.2011

30.09.2011

20

55
01.10.2011
31.10.2011
21
01.11.2011
18.11.2011
14

Cuti Akhir Tahun


19.11.2011

01.01.2012

-

44

Jumlah

288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

210
Jumlah Hari Cuti Penggal

78